All News

UBD DAN UGM BERHASRAT HANTAR PELAJAR KE UUM

UBD DAN UGM BERHASRAT HANTAR PELAJAR KE UUM

UUM ONLINE: Bangkok – Dua universiti iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universitas Gadjah Mada (UGM) Indonesia menunjukkan minat untuk menghantar pelajar mereka ke Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ini susulan hasil daripada pertemuan di 39th ASEAN University Network Board of Trustees Meeting yang dihadiri Timbalan Naib Canselor (Antarabangsa dan Akademik), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, semalam.

Beliau berkata, UBD melahirkan minat untuk menyertai latihan golf anjuran Akademi Golf Nasional UUM melalui program mobiliti pelajar.

UBD DAN UGM BERHASRAT HANTAR PELAJAR KE UUM 2

Universiti tersebut juga memberi komitmen untuk menjadi hos AUN-Student Affairs Network (AUN-SAN) Annual Meeting 2025.

Sementara itu. Pemangku Rektor, UGM, Prof. Dr. Weaning Udasmoro berkata, Universitas Gadjah Mada turut berminat yang mendalam untuk memperkukuhkan penglibatan mereka dengan UUM.

Menurutnya, UGM akan terus memberi komitmen dan sokongan melalui pertukaran pelajar yang berterusan di bawah program mobiliti, seterusnya mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua institusi.