Pada hari ini Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar menerima kunjungan daripada wakil pelajar-pelajar universiti sekitar Jakarta, Indonesia.
Delegasi daripada Indonesia yang diketuai oleh Bapak Abdis Salam, Koordinator Presidium Ikatan Alumni Pelajar Indonesia se-Malaysia (IKAPIM) yang juga merupakan
alumni UUM tahun 2022 telah berdiskusi bersama-sama MPP UUM dan wakil Majlis Presiden JKPS berkenaan potensi kerjasama dalam penganjuran program-program
yang berfokuskan kepada pembentukan kepimpinan Generasi Z.