All News

FELO IETLE JALANI PASCA KEDOKTORAN DI JERMAN

FELO PASCA KDOKTORAN

UUM ONLINE:  Felo Institute of Excellent Teachers and Leaders in Education (IETLE), Pusat Pengajian Pendidikan (SOE), Dr. Mohd Aliff Mohd Nawi memulakan pengajian pasca kedoktoran di Zentrum für Islamische Theologie (ZITh) atau Pusat Kajian Teologi Islam, Jerman.

Pusat ini berperanan penting dalam menyumbang kepada kajian agama Islam dan Pendidikan Islam, khususnya bagi masyarakat di wilayah Baden-Württemberg, Jerman.

Dengan reputasi antarabangsa, ZITh menjadi rujukan utama dalam melahirkan ilmuwan Islam, guru Pendidikan Islam, dan imam bertauliah, menjadikannya salah satu institusi unggul di Eropah. Universität Tübingen sendiri memiliki kedudukan global yang tinggi, dengan ranking ke-5 dunia dalam bidang pendidikan agama berimpak, termasuk melahirkan penerima Nobel Laureates.

FELO PASCA KDOKTORAN1

Dr. Aliff melaporkan diri kepada host penyelia utamanya, Prof. Dr. Erdal Toprakyaran. Dalam pertemuan tersebut, mereka berbincang mengenai perancangan penyelidikan sepanjang program, termasuk potensi kerjasama dengan universiti lain di negara-negara dalam kawasan Schengen di Eropah untuk memperluaskan rangkaian akademik dan kepakaran.

Sebagai sebahagian daripada pengenalan rasmi, Dr. Aliff diperkenalkan kepada ahli lembaga pengurusan dan staf akademik di ZITh. Beliau juga diberi peluang untuk memperkenalkan diri dalam mesyuarat rasmi sebelum melawat beberapa fasiliti penting di universiti.

FELO PASCA KDOKTORAN2

Setakat ini, Dr. Aliff telah memulakan perbincangan awal bersama pensyarah di Tübingen serta institusi lain seperti Universiti Heidelberg dan Universiti Pendidikan di Karlsruhe, dengan fokus khusus pada kajian Pendidikan Islam.

Selain aktiviti akademik, Dr. Aliff turut menyertai kursus dan kelas yang ditawarkan universiti serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti bersama pelajar pascasiswazah, seperti berjemaah di masjid, mendaki gunung, international potluck, dan stammtisch. Penglibatan ini bukan sahaja memperkayakan pengalaman akademiknya tetapi juga membantu memahami budaya tempatan.