All News

MPP UUM JALINKAN KERJASAMA ERAT DENGAN UNIVERSITAS SUMATERA UTARA (USU) MELALUI INTERNATIONAL SUMMER COURSE 2024

usu

MPP UUM Jalinkan Kerjasama Erat dengan Universitas Sumatera Utara (USU) melalui International Summer Course 2024

Medan, Indonesia - Untuk menambah ilmu dan pengalaman di luar negara, 12 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian yang terdiri daripada 2 orang Majlis Perwakilan Pelajar  Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (MPP TISSA), Saudara Muhamad Syazwan bin Mohd Nazir dan Saudari Insyirah Alya binti Mohamad Noor Iman bersama Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia, Saudara Muhammad Hafizzudin bin Zolkifely beserta wakil daripada Sekretariat MPP TISSA, Kelab Perakaunan (NOVAC-TISSA) dan Persatuan Chapter Beta Gamma Sigma (BGS) telah menyertai program International Summer Course di Universitas Sumatera Utara, Medan,  Indonesia pada 29 Ogos hingga 2 September 2024.

Program ini di bawah seliaan oleh Program Studi Akuntansi (Proaksi) Fakulti Ekonomi dan Bisnes (FEB) Universitas Sumatera Utara (USU) dengan kerjasama PTPN IV PalmCo dan Universiti Teknologi Mara Malaysia serta Universiti Utara Malaysia ini merupakan aktiviti yang berfokuskan kepada kepentingan memanfaatkan teknologi untuk mengukuhkan integrasi perniagaan PTPN Group yang diketengahkan oleh salah seorang penceramah utama, Dr. Suhendri, SE, MM, Pengarah HR & IT PTPN IV Palm Co.

Sejajar dalam peralihan pada era Revolusi Industri 4.0, penekanan terhadap pengaplikasian teknologi, beserta keperluan peningkatan kemahiran dan pengetahuan menjadi asas yang penting bagi menghadapi perubahan ini. Pengaplikasian teknologi dapat membantu syarikat untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti, mengurangkan kos serta memudahkan komunikasi di semua barisan syarikat.

Para peserta turut berpeluang melihat pemprosesan teh di Bah Butong, Ladang Penanaman Teh Sidamanik. Kilang teh di Bah Butong sangatlah menitik berat kebersihan dan dijaga rapi oleh pekerja bagi menjamin penghasilan teh yang berkualiti tinggi. Lawatan peserta ke Bah Butong telah mencelik mata para peserta tentang bagaimana penghasilan teh dilaksanakan dan melawat kebun teh yang segar.

Selain dari itu, setinggi tinggi penghargaan kepada Dr. Dzarfan dan Dr. Rusniza di atas penerimaan penganugerahan yang telah diberikan oleh pihak Universitas Sumatera Utara. Seterusnya, sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang telah mengharumkan nama UUM di atas penglibatan mereka sepanjang kelas secara atas talian berlangsung sebelum bertolak ke Indonesia pada 29 Ogos 2024. Para peserta dari UUM juga turut mempersembahkan tarian tradisional Malaysia pada malam kebudayaan sebelum berakhirnya majlis penutupan program International Summer Course 2024.

Pihak TISSA-UUM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PTPN IV Palm Co dan Proaksi FEB USU atas peluang diberikan dengan menimba ilmu yang berharga. Diharapkan agar hubungan antara TISSA-UUM dan USU dapat dikekalkan lagi dengan kerjasama dalam anjuran program yang akan datang.

========================

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Universiti Utara Malaysia

06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman

Malaysia

Tel. : +604 928 4013

Fax : +604 928 4016

E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.