16 Ogos 2024 | World Trade Centre, Kuala Lumpur
43 pemimpin mahasiswa tempatan dan antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini memulakan sesi perkampungan bersama-sama pemimpin mahasiswa lain dari tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan isu-isu
semasa, percambahan idea dan pertukaran pendapat bertempat di World Trade Centre, Kuala Lumpur.
Program yang berlangsung dari 16 hingga 18 Ogos 2024 ini telah dirasmikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir menyampaikan aluan pada Majlis Makan Malam dan Perasmian iFuture,
Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir.
Hadir sama Naib Canselor UUM, Prof. Dato' Dr. Mohd Foad Sakdan; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohd Azizzudin Mohd Sani; dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
Prof. Dr Ahmad Marthada Mohamed.