HEPA ONLINE: Pada 04 Ogos 2024 yang lalu, Jawatankuasa Kepimpinan Pembangunan Siswa & Residen Siswa (JKPSRS) INASIS Tradewinds telah berjaya menganjurkan Majlis Perasmian Mobility Inbound Voyage Horizons Venture, yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Mohd Foad Bin Sakdan (Naib Canselor Universiti Utara Malaysia) dan turut menghadiri majlis iaitu Puan Ari Widayanti, Sekretaris Lembaga Pengabdian dan Pemberdayaan Masyarakat (LPPM), Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka (UHAMKA), Encik Iskandar Zulkarnain (Pengarah HEP), Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah,(Pengerusi Majlis Pengetua), Dr. Asma Binti Mat Pengetua INASIS Tradewinds, Encik Meor Al-Afif Aiman (Timbalan Pengetua), Barisan Penolong Pengetua serta barisan JKPSRS INASIS Tradewinds. Mobility Inbound Voyage Horizons Venture yang dijalankan selama 10 hari, iaitu daripada 01-10 Ogos ini telah melibatkan rakan strategik universiti dari negara jiran Indonesia, iaitu Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka (UHAMKA) yang akan menjalankan projek Kuliah Kerja Nyata (KKN) mereka dengan penglibatan dalam membantu masyarakat di sekitar kawasan UUM Sintok dan Kampung Tok Kassim. Menurut Dato', beliau juga menekankan tentang pentingnya menerapkan 4C iaitu cerdas sosial, cerdas intelek, cerdas rohani dan juga cerdas fizikal yang telah diamalkan oleh UHAMKA sebagai satu polisi yang baik untuk diaplikasikan kepada warga UUM. Program ini dijangka akan menjadi satu platform yang signifikan dalam memperkukuh hubungan pendidikan antara kedua-dua negara, sekaligus memajukan pembangunan sumber daya manusia yang berkualiti di Asia Tenggara. Dapat kita lihat daripada persembahan dari kedua-dua universiti yang memperkenalkan adat dan tradisi negara masing-masing yang dapat dihayati disamping menambah pendedahan terbaru tentang negara Malaysia-Indonesia. |