Oleh: Wan Muhamad Hafis Wan Khazali
Gambar oleh: ARICG
UUM ONLINE: Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) telah menerima kunjungan delegasi dari Universitas Syiah Kuala (USK), Banda Acheh, Indonesia, baru-baru ini.
Delegasi yang diketuai oleh Ketua Institut Penyelidikan dan Khidmat Masyarakat (LPPM), Prof. Dr. Mudatsir, M.Si, telah disambut oleh Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran.
Dr. Noor Afza telah memberi penerangan kepada delegasi USK berkaitan peranan dan tanggungjawab ARICG sebagai Pusat Kecemerlangan Universiti di dalam bidang penyelidikan yang berkait dengan tata kelola, rasuah, undang-undang jenayah, kepimpinan dan lain-lain.
Selain itu, perkara yang dibincangkan adalah berkaitan memantapkan jalinan kerjasama di antara ARICG dan USK dalam bidang penyelidikan dan penerbitan.
Di akhir pertemuan, Dr. Noor Afza berharap kehadiran delegasi dari USK dapat membuka ruang kerjasama yang berterusan pada masa akan datang.
Hadir sama, Pengarah Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA), Prof. Madya Dr. Masnita Misiran @ Bakun.