All News

STAF SQS DAN PELAJAR MOBILITI DARI ALGERIA BERKONGSI ILMU

sqsalgeriapic

Oleh: Dr. Adyda Ibrahim dan Prof. Madya Dr. Nazihah Ahmad 

UUM ONLINE: Jawatankuasa Penerbitan, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah mengambil inisiatif membudayakan aktiviti penulisan dan penerbitan di kalangan staf akademik SQS dengan menganjurkan bengkel penulisan artikel yang boleh diterbitkan dalam jurnal berindeks MyCite, baru-baru ini. 

Bengkel Write and Publish at MyCite dengan penyertaan daripada staf akademik SQS yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah CETMA UUM, Prof. Madya Dr. Zahayu Md Yusof.

Turut berkongsi ilmu dalam bengkel ini, tujuh pelajar PhD dari High School of Statistics and Applied Economics (ENSSEA), Algeria yang menjalani program mobiliti selama 2 minggu di SQS.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan bilangan penerbitan staf akademik SQS dalam kategori Other Publications. Ini merupakan salah satu usaha pengurusan SQS membantu staf akademik memenuhi KPI tahunan penerbitan masing-masing, sekali gus menyumbang kepada KPI tahunan penerbitan SQS dan UUM.

Selain mengadakan bengkel penulisan artikel, SQS juga berkongsi ilmu bersama tujuh   pelajar PhD ENSSEA yang turut membentangkan kajian PhD masing-masing supaya mereka dapat berinteraksi dan bertukar pandangan, memperkaya proses pembelajaran dan penyelidikan melalui perkongsian kepakaran, pengalaman, dan pengetahuan.

Ahli panel bagi sesi Knowledge Sharing: Write and Publish with the Industry, Yuhaniz Ahmad, Dr. Rosnalini Mansor dan Prof. Madya Dr. Rosshairy Abdul Rahman masing-masing mempunyai pengalaman menulis dan menerbitkan artikel dengan Kementerian Kesihatan, Syarikat Air Darul Aman (SADA), dan industri getah iaitu NFH Tanjung Mutiara Enterprise.

Hasil daripada bengkel MyCite, 50% daripada peserta berjaya menyiapkan deraf artikel untuk dihantar ke jurnal berindeks MyCite. Kejayaan ini berdasarkan daripada perkongsian pengalaman dan cabaran oleh ahli panel.

Selain itu, faktor utama kejayaan penerbitan adalah rangkaian sosial yang pelbagai dan luas serta keterbukaan untuk menimba ilmu dan kemahiran baharu.