All News

PROF. AZIZUDDIN ADAKAN PERBINCANGAN DUA HALA DENGAN UNIVERSITY OF SYDNEY

 sydney

Gambar Ihsan Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani/UUM Today

SYDNEY, 10 Mei – Universiti Utara Malaysia (UUM) meluaskan lagi jaringan kerjasama dengan University of Sydney, Australia melalui perbincangan dua hala antara dua negara, semalam.

UUM diwakili Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani telah mengadakan pertemuan bersama Pengarah Akademik Antarabangsa, Prof. John Shields dan Pengarah Program Korporat dan Strategik Global, Prof. Madya Chinmay Pattnaik.

Perbincangan melibatkan kerjasama antara kedua-dua belah pihak antaranya adalah program mobiliti pelajar dan staf serta program ijazah berkembar antara UUM dan University of Sydney.

Pertemuan tersebut adalah susulan jemputan daripada Sydney Southeast Asia Centre, University of Sydney bagi menyertai Forum bertajuk “Politic in Action: Mapping Southeast Asia’s Political Lamdscape”.

Forum tersebut menampilkan pakar-pakar akademik dan bukan akademik dalam menyediakan analisis situasi politik semasa di Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura dan Vietnam.

Forum ini bertujuan memberi gambaran yang luas kepada peserta berkaitan isu semasa yang akan menarik minat akademik dan bukan akademik dalam masa yang sama.

Selain itu, ia turut membincangkan nilai penting terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam pelbagai usaha di satu atau lebih negara di Asia Tenggara.