All News

CIAC SUMBANG BUBUR LAMBUK SRI SINTOK

bubur lambuk ciac

Oleh Mohd Azri Abdul Aziz

Gambar Amierul Husniey Che Abd Rahman dan Muhammad Iqbal Roslan/UUM Today

SINTOK, 7 April – Jawatankuasa Kebajikan & CSR CIAC (JKCC) di bawah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program Memasak dan Sumbangan Bubur Lambuk Sri Sintok pada Khamis lalu di dapur memasak Pusat Islam.

Pegawai Tadbir, Mohd Azri Abdul Aziz berkata, program seumpama ini merupakan acara tahunan yang disertai oleh CIAC bagi memupuk semangat kerjasama dalam kalangan staf.

Pelajar pelatih, Muhammad Akmal Mohamad Husain berkata, program itu merupakan pengalaman pertamanya dapat mempelajari cara-cara memasak bubur lambuk, di samping dapat mengenali warga kerja CIAC dengan lebih rapat lagi.

CIAC yang diwakili Mohd Azri telah menyampaikan sumbangan bubur lambuk Sri Sintok kepada warga kerja Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada hari yang sama.

Ketua Imigresen ICQS Bukit Kayu Hitam, Rosli Issak mengucapkan terima kasih buat CIAC yang sudi berkongsi rezeki di bulan Ramadan yang mulia ini.

Di kesempatan itu juga, CIAC turut menyantuni pemandu teksi di sempadan Malaysia-Thailand dan menyerahkan sumbangan bubur lambuk Sri Sintok.

Ini merupakan antara usaha CIAC untuk membantu mempertingkatkan lagi keterlihatan UUM dalam kalangan komuniti setempat dan juga sebahagian daripada program tanggungjawab sosial universiti (USR) di bawah CIAC.