All News

PUSAT PERKHIDMATAN BERFOKUSKAN PELAJAR, INISIATIF UUM DIPUJI

heihe

Berita & Gambar oleh: Syamimi Mohd Zaini

HEPA ONLINE: Inisiatif Universiti Utara Malaysia (UUM) mewujudkan satu pusat perkhidmatan berfokuskan kepada pelajar yang dikenali sebagai U-Assist mendapat pujian daripada pihak luar.

Begitulah pandangan yang dikongsikan oleh Prof. Dr. Xu Haishen, Timbalan Presiden Heihe University, China ketika berkunjung ke U-Assist baru-baru ini.

Kehadiran beliau bersama beberapa ahli delegasi telah disambut mesra oleh Pengarah U-Assist, Suraya Deraman dan beliau diperkenalkan kepada sistem operasi secara keseluruhannya.

Selain itu, Suraya turut mengiringi Dr. Xu dan delegasi meninjau fasiliti dan kemudahan kaunter yang ditawarkan kepada warga kampus khususnya pelajar.

“Titik permulaan adalah sangat bagus, konsep yang sangat bertimbang rasa kerana berfokuskan kepada pelajar, tahniah UUM,” ulas beliau.

Terdahulu delegasi telah mengadakan perbincangan dengan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) berkaitan program mobiliti antara kedua-dua universiti.

Turut hadir mengiringi Mohd Azri Abdul Aziz, Penolong Pengarah, Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC).