Berita oleh : H. Rasidah H.Rodzi
Gambar oleh : Eriq Hazriq Nordin (Pelajar Praktikum UUM)
Anjung Tamu Online : Budaya dan bahasa Malaysia - Indonesia terdapat sedikit kesamaan latarbelakang. Malah Malaysia merupakan salah satu negara tetangga yang paling dekat dengan Indonesia.
Kemiripan di antara dua negara di Asia Tenggara ini sekaligus menonjolkan jalinan keakraban antarabangsa Malaysia-Indonesia ampuh apatah lagi dengan bertamunya delegasi dari Universitas Islam Indonesia, Universitas Komputer Indonesia, Universitas Islam Negeri Ar Raniry, Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga dan Universitas Bina Mandiri Gorontalo, Indonesia. Pelbagai institusi pendidikan tinggi Indonesia ke Universiti Utara Malaysia
Delegasi yang ingin keluar dari kesibukan kota atau merehatkan minda, Welcome Centre sebagai gerbang informasi UUM pasti menjadi destinasi pertama yang dilawati.
Selain bangunan Welcome Centre yang unik dan udara segar, faktor fasiliti melengkapkan lagi daya tarikan delegasi dari lima universiti Indonesia untuk kenali kampus Universiti Pengurusan Terkemuka.
Terkesima dengan sejarah penubuhan UUM dan pencapaian hingga ke pentas dunia, delegasi leka menghayati latar belakang kepimpinan sepuluh Naib Canselor UUM yang hebat selain meminati alam Sintok yang dipenuhi flora dan fauna.
Promosi memperkenalkan UUM giat disampaikan semasa Discover UUM oleh Ketua Unit Pengurusan Acara, UUM Corporate Communication, Zulfadli Abdul Latif.
Bukan sekadar Discover UUM memikat hati bahkan persekitaran Welcome Centre yang nyaman dan tenang menyentuh sanubari delegasi.
“Kunjungan yang menarik dan full inspiration”, ujar Miftahuljannah dari Universiti Islam Negeri Ar Raniry.
“Amazing university”, tambah Shofatul Uyun dari Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga.
Manakala Agus Mulyanz dari Universiti Komputer Indonesia pula berkata,
“ Very Amazing. I really love”.
Senada dengan maklumbalas positif yang menyuntik inspirasi, delegasi dari Universiti Islam Indonesia pula menyatakan, “ We are amazed with history and hospitality at UUM"
“Bravo and warmest “Salam Persahabatan”.
Turut hadir dalam lawatan berimpak tinggi ini, pensyarah dan pegawai dari Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa dan Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan.