Berita oleh: H. Rasidah H. Rodzi
Gambar oleh: Nurul Natasya Shahrul Nizam
Anjung Tamu Online: Merentasi sempadan antarabangsa untuk melawat Universiti Utara Malaysia (UUM) membuktikan hubungan dengan negara jiran, Thailand masih utuh dan kolaborasi antara dua negara kekal di tahap yang tinggi.
Pepatah Melayu ada menyebut Jauh Berjalan Luas Pemandangan – pepatah itu mewakili 29 delegasi dari Narathiwat Provincial Private Education Office, Thailand yang gembira setibanya mereka ke gerbang informasi, UUM Welcome Centre.
Mereka tertarik dengan pelbagai program akademik yang ditawarkan oleh UUM dan berbangga dengan kepesatan pembangunan UUM yang ditubuhkan pada 1984.
Ketua Delegasi, Pinya Ratahavorachat: “Thank you for your time and taking care about us. Very good”
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah UUM Corporate Communication, Jabatan Canselori, Dr. Azahar Kasim berkata, taklimat Discover UUM memainkan peranan penting dalam usaha mempromosikan UUM ke peringkat antarabangsa.
“Informasi awal bermula di Welcome Centre sebelum masuk ke kampus dan fasiliti yang lengkap berjaya menarik minat pelajar baharu terutama dari Selatan Thailand,” katanya.
Semua delegasi dibawa melawat Rumah Ibu, Tengah dan Loteng Welcome Centre oleh Penolong Pegawai Tadbir Welcome Centre, Abdul Amar Aris serta diiringi Timbalan Pengarah, Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Mohd Khairy Mukhtaruddin, Penolong Pengarah, Mohd Azri Abdul Aziz dan staf CIAC Halim Hamid.