Berita oleh: Abdul Amar Aris
Gambar oleh: Nurulnatasya Shahrul Nizam (Pelajar Praktikum Universiti Putra Malaysia)
Anjung Tamu Online : Tujuh delegasi dari Australia telah disambut dengan tarian Selamat Datang setibanya di santai garden atau serambi Welcome Centre.
Sambutan kebudayaan Malaysia meriah dipersembahkan oleh Pusat Budaya dan Seni, malah kehadiran Naib Canselor, Prof. Mohd Fuad Sakdan ternyata menyerikan lagi suasana bagi delegasi yang pertama kali menjejak kali ke Universiti di rimba hijau.
Cuaca gerimis tidak menghalang delegasi untuk mengenali UUM dengan lebih dekat lagi bagi mendengar taklimat Discover UUM 2.0 oleh Ketua Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan Acara UUM Corporate Communication, selaku perintis Welcome Centre, H. Rasidah H. Rodzi.
Delegasi begitu berminat untuk kenali sejarah UUM, pokok Sintok, kemudahan, tempat menarik, flora dan fauna yang ternyata membuatkan delegasi berasa sangat teruja dengan hospitaliti yang diberikan. Discover UUM dengan Campus tour yang diatur sudah pasti akan memberi kenangan indah buat semua delegasi .
“What a beautiful campus! Thank you for your hospitality and for telling us more about you (UUM). I look forward to working with you in the future” ucap Jen Babic dari University of Canberra.
Manakala bagi Katie Smith dari University of Queensland pula berkata, “ Thank you, UUM for showing us your beautiful campus, culture and area. I look forward to further developing on partnership.”
“Thank you for your warm hospitality and the opportunity to tour and learn more about UUM’s programs. We look forward to exploring future possibilities to collaborate.” ujar Gemme Brophy.
Delegasi juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati Campus Brew di samping mengadakan perbincangan lanjut mengenai program Australian Higher Education Institutions Familiarization Visit To Malaysia di Bilik Mesyuarat Eksekutif Welcome Centre.
Terima kasih dan selamat Discover UUM 2.0 kepada delegasi University of Tasmania, Queensland University of Technology, Edith Cowan University, The University of Queensland, University of Canberra, La Trobe University dan University of Southern Queensland.
Hadir sama mengiringi delegasi, Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Prof. Madya Dr. Arpah Abu Bakar, pegawai kanan universiti, staf CIAC dan UUM Corporate Communication.