All News

6,600 LANGKAH SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA

 

b.walk

Oleh: Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC)

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) sentiasa menganjurkan pelbagai aktiviti bersempena dengan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada saban tahun yang melibatkan warga kampus.

Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) juga tidak ketinggalan mengadakan program “Langkah Kemerdekaan: Brisk Walking Activity” bersempena dengan sambutan Kemerdekaan yang ke-66 dan sambutan Hari Malaysia.

Pegawai Tadbir, Mohd Azri Abdul Aziz berkata, program ini telah disertai oleh 12 staf CIAC dan seorang pelajar praktikum CIAC.

Ujarnya, pelepasan bermula dari Pejabat CIAC, Inasis TNB, Inasis MAS, Tasik Inasis MAS sebelum berakhir di Pejabat CIAC.

Para peserta telah merekodkan hampir 6,600 langkah atau hampir 5 kilometer sepanjang perjalanan tersebut.

Sementara itu, pelajar Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin yang menjalani praktikum di CIAC, Zahratus Sofiah Zulhilmi teruja dengan semangat yang dipaparkan oleh staf CIAC yang tidak berhenti mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang perjalanan tersebut.

“Acara ini merupakan program di luar pejabat yang menyeronokkan dan menjadi pengalaman baru buat diri saya,” ujarnya.

Program “Langkah Kemerdekaan” ini juga bukan sahaja satu program yang baik untuk kesihatan setiap peserta, malah turut membangkitkan semangat untuk terus mengeratkan hubungan sesama insan.