All News

PELAJAR MOBILITI TIMBA PENGALAMAN BAHARU SEDIA BUBUR LAMBUK DAN SAMPUL KASIH SYAWAL CIAC

buburlambuk

sampul kasih

Berita dan gambar oleh: CIAC

UUM ONLINE: Program penyediaan bubur lambuk antara satu kemestian bagi umat Islam apabila menjelang bulan Ramadan, tidak ketinggalan Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) yang turut menyediakan bubur lambuk di Pusat Islam, baru-baru ini.

Lebih istimewa apabila ia disertai tujuh orang pelajar mobiliti yang bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sebanyak dua kawah bersama staf CIAC.

Pelajar mobiliti dari Indonesia dan Perancis itu berasa teruja kerana ini merupakan pengalaman kali pertama mereka membuat bubur lambuk.

Menurut Dea Asya Ashilla yang merupakan pelajar dari Universiti Bina Nursantara (BINUS), di Indonesia bubur lambuk seperti itu dipanggil sebagai bubur ayam.

“Ini adalah satu pengalaman baru juga buat saya kerana dapat bersama-sama dalam penyediaan bubur lambuk ini, seterusnya menyantuni anak-anak yatim,” katanya.

Selain itu, CIAC turut memberi sumbangan duit raya dan bubur lambuk kepada anak-anak yatim di Rumah Kebajikan Anak Yatim Universiti Utara Malaysia yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah CIAC, Prof. Madya Dr. Asmat Nizam yang mewakili Pengarah CIAC.

Program itu diharapkan dapat menceriakan mereka dalam menyambut bulan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi. Semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan Allah.