All News

KONSULAT JENERAL REPUBLIK INDONESIA JALIN SILATURAHIM

konsulat indonesia

Oleh: Siti Fatimah Abdullah

Gambar oleh: CIAC

UUM ONLINE: Kira-kira 110 pelajar Indonesia termasuk ahli keluarga mereka diraikan pada satu majlis, di Dewan TM, Inasis TM, baru-baru ini.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia, Bambang Suharto berkunjung ke UUM untuk mengadakan sesi dialog bersama para pelajar Indonesia di UUM.

Kedatangan delegasi itu ke kampus hijau telah disambut Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Prof. Madya Dr. Arpah Abu Bakar.

UUM merupakan antara universiti yang mempunyai populasi pelajar Indonesia paling ramai di Malaysia justeru pada kesempatan itu, beliau meluangkan masa untuk beramah mesra serta berbuka puasa bersama pelajar Indonesia yang jauh di perantauan.

Turut bersamanya ialah Atase Imegresen Konsulat Indonesia yang membantu memberi penerangan serta nasihat tentang permasalahan pelajar terutamanya berkaitan dengan visa dan pasport pelajar sepanjang tempoh Pandemik Covid-19.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada UUM yang banyak membantu menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar Indonesia serta mahu melihat pelajar diperkasakan dalam bidang keusahawanan dan kewangan.

Turut serta dalam program tersebut adalah Mohd Khairy Mukhtaruddin, Pengurus CIAC yang juga merupakan penasihat Persatuan Pelajar Antarabangsa (ISS), UUM.