All News

UUM-CGJP BINCANG PELUANG KERJASAMA

cgjp

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan hormat delegasi Konsulat Jeneral Jepun (CGJP) di Pulau Pinang dan Persatuan Alumni Dasar Pandang Ke Timur (ALEPS) Cawangan Utara di Auditorium 1 Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM, baru-baru ini.

UUM diwakili oleh Timbalan Pengarah CIAC, Prof. Madya Dr. Asmat Nizam Abdul Talib, manakala CGJP diwakili oleh Naib Konsul, CGJP, Teramoto Saki.

Tujuan kunjungan tersebut adalah sempena sambutan 40 tahun Dasar Pandang Ke Timur yang mana sesi temubual bersama graduan Dasar Pandang Ke Timur iaitu pelajar UUM yang pernah melanjutkan pengajian di Jepun untuk berkongsi pengalaman mereka di sana.

Perkongsian tersebut akan dimuatnaik ke dalam Facebook CGJP sebagai pencapaian dan inspirasi kepada pelajar baru yang akan melanjutkan pengajian di Jepun.

Di samping itu, turut diadakan perbincangan bersama berkaitan polisi-polisi baharu hubungan dua hala, biasiswa, perkongsian pengalaman belajar di Jepun serta penambahbaikan sistem pengajaran.

Selain itu, perbincangan juga ke arah inisiatif program baharu yang relevan pada masa kini, tawaran geran penyelidikan antara Malaysia-Jepun dan perbincangan tentang aktiviti yang dijalankan secara bersama pada masa hadapan termasuk melantik seorang wakil daripada alumni yang pernah menyambung pelajaran di negara tersebut supaya segala aktiviti dan input terkini dapat disalurkan kepada wakil berkenaan.

Hadir sama, Bahagian Perhubungan Awam dan Pertukaran Budaya, CGJP, Liew Bee Lan dan wakil ALEPS Cawangan Utara, Hazman Zainuri.